Thursday, June 12, 2014

No topiC..

As Salam blogsblow..

Rindu nak menaip tp tak tau apa nak di taip. Minggu yang agak sibuk utk bulan ni..Huhuhuhu... bos den cuti seminggu g Thailand honeymoon katanyer..tp blom kawen.*takperla..mereka bukan ada halal haram..

Dalam aku sibuk ni juga..adik aku dua2 ngah exam. Dua2 mata panda..kesian kalian. tp takper..itula adat pelajar. Bila lagi nak rasa semua tu. Masa kita belajar la kesusahan adalah yg paling bagus..sbb ia akan memberikan kita keyakinan apabila kita bekerja kelak. InsyaAllah...segalanya dengan izin Allah...

Macam mana ikhlas kita memberi..mcm tu jugala apa yang bakal kita rasa ketika org memberi pada kita. Aku selalu ingatkan diri..kita hidup dalam bulatan bola. Kejap kita atas kejap kita bawah..adakal tepi adakala belakang... Snetiasa beringat..tp..kadang2 lupa juga bila amarah menguasai diri...Astagfirullah.. *maaf yer kpd mereka yg telah saya kasari..

Herm..rindunya kat adik saya ni.. pada waktu dan ketika ini..dia sahajala yg ada dekat ngan aku. Tq..l.o.v.e..

Sekarang ni dia ngah test..aku doakan adik2 aku ni..dapat keputusan yang cemerlang dan jangan cepat putus asa atas semua pancaroba dunia ini. Aku selalu nasihatkan mereka sbb aku selalu jatuh dan aku selalu mengaku kalah..tp aku tak nak adik2 aku mcm aku. Aku nak mereka berjaya dan bahagia kelak..Aku tak nak mereka rasa apa kesusahan yg aku rasa. Dunia makin mencabar..maka, perlulah cabar diri sendiri utk berjaya dan berjaya.

Aku pernah duduk dalam zon selesa  aku. Tapi sekarang aku sedang berada di luar zon selesa aku. Aku cuba terima sedikit demi sedikit, alhamdulillah aku boleh terimanya. Walupun kadang kala ada susahnya. Ada baiknya pabila kitra berada di luar zon selesa kita. Kita belajar banyak perkara, pertama2 sekali berkenaan dengan kemampuan diri kita sendiri. Mampukah kita harungi semua dugaan yg Allah berikan itu. Aku akui...adakalanya aku tersungkur jua..alhamdulillah ada yg membantu...terima kasih..l.o.v.e..

Aku paling suka apabila terima cabaran dan dugaan. Aku akan tunggu pengakhiran cubaan tersebut. Tp aku tak tau bila pengakhirannya..cuma masa yg akan tentukan. Tp apa yg pasti..ia membuahkan senyuman di bibir aku dan mereka yg bnyak bantu aku. Adik juga akan tersenyum kalau kakaknya tersenyum. Tq...l.o.v.e.. *good luck with ur exam adik ku...

Aku merasakan waktu pantas berlalu. Dalam permulaan bekerja di tempat baru, tanpa sedar adik aku sudah sampai ke penghujung semester pertama dia. Alhamdulillah.. Terkenang balik waktu akk memujuk adik utk sambung belajar.. Hanya Allah yg tahu apa akk rasa bila adik setuju utk smbg belajar dari berkahwin. Bukan tak sokong..tapi biarlah kita sebagai perempuan berdikari terlebih dahulu dr terus bergantung hidup pada suami kelak..*itupun kalau suami yang bertanggungjawab..kalau dapat yg sebaliknya..Allah je tahu. InsyaAllah..kalau ada jodoh tak kemana sayang..Allah dah tuliskan perjalanan hidup setiap hambaNya.. semoga yang terbaik buat kita semua..amin...

Jodoh - Maut - Rezeki -  Pertemuan - Perpisahan - Disengajakan - tidak disengajakan - semua itu Allah telah tulis untuk setiap hambaNya. Hanya akan berubah sekiranya Doa sentiasa di bibir.. InsyaAllah..

Sampai sini sahaja jari dapat menyampaikan apa yang tersirat di hati tuan empunya. InsyaAllah ada nukilan lagi di lain waktu.

L.O.V.E u B.L.O.G.S.B.L.O.W....

As Salam..semoga hari kalian sentiasa dalam keredhoanNya..