Thursday, May 15, 2014

aBout rumaH...

As salam blogsblow..

Hari ni entry aku aBout rumaH. Aku ada nak beli umah baru-baru ni. Aku try beli umah second-hand kat seksyen 7 Shah Alam. Memang dah lama aku cite2 kan nak beli umah kat situ. Sapa taknak wei..umah ada untung jangka masa panjang walaupun tenure 99 tahun. Tempat hot. Sewaan tinggi..herm. Tapi yang mebuat aku sedih tu ialah..aku ketiadaan duit. Aku tau pinjam sana sini mmg memalukan. Tapi aku cuba utk dpt kan. Aku try cek EPF aku..aku tanya abg aku..aku pinjam dr abah aku.

Alhamdulillah bila aku cek EPF, mmg dah boleh membantu aku utk membayar deposit umah yg aku mahukan tu. Tapi macam biasala..bila beli umah ni, bnyk RM yang tersembunyi. Bank plak tak boleh nak approve kan loan aku 100%. Sebab mmg dah tak der bank akan luluskan 100% dah. Adalah beberapa bank yang aku dah submit utk wat loan..semua bank nyatakan umah tu nilai tinggi dia 160k, tuan rumah plak letak rege 155k. herm..sakit yer di situ. Sokongan dari family mmg tak der. Kebanyakannya aku mengemis utk pinjam dr mereke. Ada yang ckp kalau tak der duit, duk je la diam2. Mereka tak tau ker aku dah perati rumah tu dari aku belajar kat UiTM lagi. Sekarang aku dah dapat peluang. Tapi aku sedih kalau nak lepas kan mcm tu jer hanya kerana aku tiada duit. Ingat senang aku nak rebut umah ni. *marah geram dendam...semua ada..huhuhuhu..

Hurm...minggu ni mmg buat aku ilang semangat. Aku jarang ilang semangat. Mana ngan problem tempat kejenya. Mana ngan problem loannya..semuanya aku yang jemput masalah tu datang. Memang menduga iman aku bila kene keje ngan semunya Chinese. Aku tak paham apa mereka ckp n bila mereka terangkan aku plak susah nak tangkap. Aku dapat komputer baru. Tapi kosong..n semua program kat dalam komputer tu aku kene urus sendiri. Sakit ooo. Mana nak cari CD design. Windows lagi...Subhanallah..masa tulis ni pun aku dah rasa geram sngt2.

Pasal umah yang aku nak beli tu..aku ada minta pertolongan adik aku, tapi dia tak jadi tolong gara2 dia nak beli umah juga. Takper la dah bukan rezeki aku kot. Hehehehe...sabar yer Sha. Hanya Allah yg tahu yg terbaik utk engko n masa depan engko...sbb engko adalah hambaNya..Dia takkan berikan kesusahan utk keburukan..melainkan utk menyinarkan kebahagiaan..amin..

Dalam terduduk ni..kita boleh kenal mana kawan dan mana lawan..terima kasih kerana sudi susah senang ngan aku. Aku hargai dan InsyaAllah akan aku ingat sampai mati. Aku sayang Budaq Qechik. Doakan aku mampu peroleh apa yg aku inginkan..sbb pada aku ini peluang utk aku dirikan hidup berdikari aku.. Doakan k..

Okay la blogsblow, aku kene go. Jumpa lagi nanti. Muahahahahahaa..l.o.v.e

Wednesday, May 14, 2014

Sayangnyerrrrrrr...

As salam dan salam sejahtera blogsblow..

Aku baru lepas lunch. Sedap!!! Adik aku bekal kan aku " Ayam goreng perisa satay + tomyam ayam yg sedap + sambal belacan + roti telor yang akan aku minta lagi" Adik aku ni terel masak ooo.
Dia apa je campak dlm koli..semua jadi lauk. Aku tak tipu..cuma kelentong sikit je. Rindunyerrrrrr.

Ceritanya macam ni, aku keje ari senin macam biasala kan. Ada budak tu ari selasa cuti. Yang aku nyer kilang ni tak amik weesak day ni. So aku koje la. Petang Isnin tu...konon nak g makan je...tup tup tukar plan nak balik. Aku yeayyyyy je la dia nak balik. Then dia tanya...anta balik bila? Aku kabor la pagi Rabu. Dia yeayyy gak la. Tapi senyap jap bila aku bagi syarat. Jeng jeng jeng...syarat nya ialah...kene buatkan akk lunch n bekpes...itu la sebab nya dia masak beriya yer. Sbb nak tunaikan syarat pada kakaknya yg kuat makan. Tq adik gemok!

Hari Selasa tu dia cuti n mcm biasa kalau dia cuti mcm2 dia nak masak. Macam buka restoran pun ada aku rasa. Hahahahahahaha..mana tak tumpah lauk kalau tak ke nasi kan. Hari Selasa tu aku half day sbb nak settle pasai koje. Aku g amik dia kat umah. Then ada perselisihan faham kit antara aku n dia...senyap je kami sepanjang perjalanan. Bila berhenti utk amik stock jualan kat 'uncle' baru aku perasan dia nangis...huhuhu.. Aku wat dia nangis..kejam!

Tapi aku cuba jernihkan kembali kedaan..Alhamdulillah berjaya. *walaupun muka adik ketat je semalam. Tapi semalam ptg..aku plak yg sedih. Takper..pada aku apa yg berlaku ptg tu, adalah rezeki aku. Tapi aku berharap aku dapat apa yang aku usahakan utk aku miliki ni. Amin.. Bukan apa..aku try nak beli umah. tp entahla..insyaAllah aku kene kuat je.

Insan yang aku panggil adik ni, aku baru kenal. Baru nak cicah setahun. Dia bnyk bangkit kan aku. Tq adik.. Buka mata aku.. Bagi aku kesedaran.. Tapi apa yang aku tak suka..kawan 'lama' aku plak yg bising..kata dia itu la..dia ini la..kalau kawan 'lama' aku tu kawan lama..dtg la tolong aku..bukan kondem kawan baru aku yg sanggup susah senang ngan aku! Tu je. Lumrah manusia..kalau dia sayang kita, kita akan sayang dia balik or paling tak..kita akan cuba jaga hati dia sebaik mungkin. Betul tak? Kalau aku ngan kawan lama aku yg dah 20thn sekalipun..tp takder kasih sayang..ia tetap takkan sama mcm mana aku ngan dia skrg ni. Huhuhuhu..aku sayang adik aku!

Okla blogsblow..aku kene go dah..

Cau cin cau blogsblow...muahhhhahahahahaha <3 l.o.v.e....

Friday, May 2, 2014

Hoh!!!

As salam dan selamat sejahtera semua.

Alang2 teringat, so aku amik kesempatan untuk menaip dan meluah serta bertanya pendapat. Aku selalu tekankan pada diri aku supaya selalu gunakan resmi padi "semakin berisi semakin tunduk ke bumi" Ya Allah humble betul sifat tu. tak perlu nak mendada untuk menunjukkan kecantikan dan kepandaian.

Aku bukan apa...aku bengang dan sedih dengan apa yang aku lihat sejak akhir2 ni. Aku kan ada ckp or citer kat sebelum2 ni yang aku ada adik masuk U yang ngah belajar. So aku selalu la g teman dia...amik dia dan hantar dia. Aku tak nak la bg tau U mana. Tapi cukupla sekadar aku katakan dia masuk U. Aku bukan nak cerita pasal dia. Aku nak cerita pasal tatasusila pelajar skrg. Aku tak kata student dulu bagus..tapi aku rasa student dulu lagi banyak hormatnya pada org tua or lebih tua. Student sekarang ni..aku rasa lebih sudu dari kuah.*harta mak pak..tapi berlagak mcm harta tu dia peroleh dari hasil titik peluh dia.

Aku tngk sekarang ni..ramai student yg bawak kete. Aku dulu pun bawak..tapi kancil je la. Skrg ni ada yang bawak WW Polo, BMW dan yang seangkatan dengannya la. *Pergh...aku idam dari kecik tapi sampai tuwer ni tak dpt nak merasa lagi. Takpe la..belum rezeki.. Aku tak kesah mereka nak bwk kete apa sekalipun. Tapi..yang aku kesahkan ialah..mana sifat seorang pelajar melayu yang dahagakan ilmu yg diberkati. MANA!! Bawak kete mcm jalan tu dia sorang je lalu. Bawak kete time hujan lajuuuu jer sampai yg jalan kaki tu lencun kene simbahan air dr kereta nya. Tiada lagi sifat tolak ansur ketika memandu. Sedih..

Memang betul ungkapan ayat, siapa cepat dia dapat. Ker...siapa cepat dia Mendapat! Tapi aku rasa skrg ni lagi elok guna pepatah..sikit sama di rasa berat sama di jinjing. Nak tau sebab apa? Sebab...kete dah bnyk dan jalan dah tak mampu tanggung..so..sikit sama merasa jgn la siapa cepat dia Mendapat! Memang skrg ko mampu pakai kete tu sbb mak pak ko belikan. Apa ko ingat yang jalan kaki sekarang tak kan dapat beli kete sama mcm ko pakai..tolongla..ntah2 lagi besar dr apa yang ko pakai. contoh kete Tank ker...ko ada?? Jangan berlagak..be HUMBLE..tak rugi. sama2 untung.

Kalau kat U..kompem2 org akan panggil ko pelajar,  dan akan di cop pelajar walaupun ko Lect. So..bawak identiti pelajar yg bersih. Bukan ko hitam kan lagi perspektif org kat pelajar U mcm ko. Make sure bawak kete ikut peraturan dan bukan ikut perasaan.. Make sure..muka ko tu sentiasa senyum dan bukannya memasam.. Make sure hormat org lain, baru org hormat ko.. Make sure ada perasaan syukur atas kurniaan Allah yang ada..barulah setiap apa yang aku sebut tu ko ada. Jangan mendabik dada atas kejayaan yang ko baru bayangkan tapi belum perolehinya.. Panjang lagi pembelajaran ko..walaupun umur ko dah 80tahun.. sama la mcm aku..InsyaAllah..

ok la blogsblow, kene out. Ada perasaan marah terselit kat hati aku ni. Stress kalau jumpa org mcm ni. Perasan dia bagus..tapi sebenar nya sama mcm yg lain..*peringatan utk didi sendiri juga.