Wednesday, March 19, 2014

TOL Ooooo Tol....

Nak lalu kene bayar tak nak lalu kene tipu. Nak elak dapat yang panjang, nak lalu kene tengok poket dulu. Semuanya ada kaitan. haish...*mengeluh ni.

Cuba habaq kat aku..kat mana jalan yang takkan guna TOL. Aku yang duk kat Klang ni..kuar umah pun kene tol rm0.60 kalau nak ke bandar. dr aku darjah satu tol tu sampai la ada lagi..aku dah masuk 30++ dah. Ko bayangkan berapa lama tol tu. Untuk satu2 tol dimansuhkan..perjanjiannya baper lama ea?

Aku tak kesah kalau aku bayar tol n kemudahan yang aku dapat berbaloi. Tapi sekarang ni apa yang aku perasan..bayar tol tp dapat tak seindah di janji. Aku rasa satu hari kete yang lalu tol beribu kot..ntah2 berjuta. Aku je satu hari 2 kali lalu tol yang sama. tak cukup lagi ker duit maintenance jalan tu. Bahaya kot highway berlubang2. Lampu jalan tak hidup. Semua tu melibatkan nyawa kot. Bukan lalu free..berBAYAR! Lainla jalan kampung, yang tu aku maafkan la sikit. Sebab berkait ngan Majlis Bandaran..but still...! NYAWA yang dipertaruhkan.

Contoh yang aku tak suka pasal tol ni..aku n pengguna lain bayar kot tol utk mempercepatkan perjalanan pegi keje n balik keje. Tapi tol kat umah aku ni, aku tak tau la bila dia nak upgrade system. Setiap pagi mesti heave trafik kat area TOL. Yang guna smart tag pun sekilo barisan apatah lagi yg guna cash. Mana pegi duit yang kita bayar hari2 tu. Takkan tak cukup hanya untuk maintenance.*bukan suh tutup tol tu pon.  Dah tak pepasal aku sampai ofis lambat n kene potong gaji lagi. Tol bayar..gaji kene potong. Kerajaan nak kesian ke kat aku. Aku plak yang kene kesian kat PLUS. Haish...*mengeluh lagi

Bila dah selalu sangat heavy trafik..mulala ada yang drive mcm tuuuutttttt. Kelok sana sini...selit ruang besar kecik. last2 cium montot kete depan or tak pon kene hon sebunyi. Aku pepagi memang kurang sabar. 3jari mmg aku selalu bagi la. Sebabnya..aku kalau drive sopan..org plak yang tak sopan ngan aku. So aku pegang konsep..biar aku kasar tapi jgn bahayakan nyawa aku or org lain. tu je.

Kete memang senang dapat sekarang ni. Tol laggi manyak dapat. Org laggi pening pale macam mana nak cari jalan alternatif. Kang aku wat laluan air baru tau. Pakai sampan..senang...*merepek pun ada Aku membebel ni bukan sebab apa..aku setiap pagi kuar pukul 640a.m  Aku keje Telok Gong n duk kat Meru. Bayangkan la betapa jauhnya. Aku kuar pepagi nak senang kan perjalanan..tp apa yang aku selalu dapat..jem kat sekolah private yang intellect n jem kat tol yang berbayar n bukan free..herm...mcm mana tu? kalau aku ckp jem kat kawasan kg yang kurang lengkap n sesak kat jalan yang tak berbayar, dengar logik la gak. Ni..sesak kat sek intellect n lambat di jalan BERBAYAR! *rakyat sekarang lagi berilmu lagi senang di tindas. 

Fuhh...membebel dah aku kat sini. Ni bukan apa..luahan aku as rakyat je. Aku tak kutuk sesapa. Tapi kalau aku ada kuarga pun..kalau anak aku bagi kat aku RM 10 ringgit untuk beli mainan. Aku carikan yang berbaloi dengan harga RM10 yang dia beri. Sebab dia kumpul duit tu..bukan nya dia mengemis tepi jalan. Aku tak kan main amik jer apa mainan yang harga RM10. Aku nilaikan mainan tu dgn usaha dia. Sedih kot kalau anak aku simpan duit banje RM10 tetiba dpt anak patung yang main seminggu kaki tercabut. Baik aku beli bahan untuk buat anak patung dan gerenti ianya tahan lama n penuh kasih sayang..sebab aku ngan anak aku buat bersama...:) *terharu laa plak

 ok la...dah masuk time keje. Jumpa lagi nnt blogsblow..muahhahahahahaha <3 l.o.v.e

kerinduan dah bertautan..

As salam..blogsblow.

Miss me..don't la. fuhh...rasa mcm sedih yang amat.dan bosan yang teramat. Tidak kutahukenapa. Tapi itula yang aku rasa.

Pertama sekali..aku bersyukur kehadrat ilahi, adik aku yg lain mak lain pak ni..dpt sambung belajar. Alhamdulillah. Aku ingat lagi masa memula aku pujuk dia utk smbg belajar. Dia keberatan sngt. Tp alhamdulillah akhirnya terbuka juga pintu hati dia utk further. Nak smbg belajar ni..semangat kene kuat. Kalau pikir enjoy je...bila mana nak berjaya.

Pada aku..Jah ni kuat semangat.Cuma semangatnya perlu di tiup dan di perasap selalu. Aku pun kene kuat iman dan semangat gak dlm bantu dia.

hari pertama dia register..alhamdulillah semua ok,walaupun ada sedikit kesulitan. Adatla..mana ada berjaya tanpa di duga. Semoga adik kuat hadapi semua dugaan as student. Aku sentiasa doakan kejayaan adik2 aku. adik aku yg ngah study skrg ni ada 2. Satu amik medic dan satu lagi amik hartanah. Semoga kalian berjaya dgn apa yang kalian pilih..Aminn..

Bila adik aku yg sorang ni dah smbg belajar
 Akula yang tak der member. Sedey wo... Skrg dia tido awal sbb nak bangun pagi. Skrg dia duk sendiri berdikari. Semiga adik akk kuat ya. Allah sentiasa ada bersama hambanya yang bertawakkal. Usaha dan kemudian tawakkal la...

Malam2 dah tak der org nak wechat ngan aku sampai lewat malam. Pagi2 dah tak der sapa nak teman aku sepanjang perjalanan keje aku. Sedihnya...akk windu adik.. tp tak per. kita kene sama2 kuat utk masa depan lebih terjamin. hanya kerana Allah
ok la...aku mmg rindukan dia sngt. Adik aku tu..mana tak rindu. okla blogsblow...need to go ....to go. as salam blogblow..muahahahahahaa <3...


Wednesday, March 12, 2014

traVel......

Assalamualaikum..

InsyaAllah aku nak travel 13/03/2014 ni. ‘Percutian’ 3 hari 2 malam. InsyaAllah… bukan kemana pun..pegi bawak adik wat ‘pembersihan asrama’. UiTM..
Apa yang aku suka pasal travel ialah dia punya driving moment tu. Tambah-tambah kalau kita pegi ngan orang yang kita senang dan sayang. Memang jadi kenangan yang abadi la. Aku suka dirve. Paling aku minat drive time cuaca mendung dan bau perfume kete semerbak menenangkan jiwa. Pergh….boleh syahdu tu dibuatnya.

Time drive juga boleh bagi aku ketenangan yang aku tak dapat nak explain. Yang aku tau tenang dan boleh layan lagu. Lagu aku lagu yang sentimental je..mcm spring.. ukays.. dan yang seangkatanya dengannya. Almaklumla lahir tahun 80-an.

Esok aku akan ke utara tanah air..iaitu Perlis. Aku suka pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke utara. Ada sawah padi yang menghijau.. tapi aku tak rasa travel aku kali ni aku akan bertemu dengan kedamaian yang aku impikan. Sekarangkan musim panas, so legam la aku kesana. Ibarat aku berjemur di tepi pantai yang indah. Gitu!!

Pegi ngan Budak Qechik aku ni memang aku nantikan. Semoga Allah lindungi perjalanan kami pergi dan pulang nya kami nanti. Aminnn..

Budaq Qechik ni tak sedarah dan sedaging ngan aku..tapi dia adik aku. Aku ngan dia mmg sepahaman. Bukan sekepala..tapi sepahaman. Apa aku piker dia ada terlintas. Dan apa dia pikir aku pun ada terlintas. Umo kami jarak 10 tahun tu. Dia lahir 90-an. Tapi kami boleh masuk. Ngam gitu! Allah pertemukan aku ngan budaq Qechik tatkala aku mempersoalkan takdir dan tatkala dia perlukan teman seperjuangan. Aku bersyukur sangat. Sayang kammu Budaq Qechik. -Sahabat –adik-soul- mau sunyi aku kalau takder dia. Hehehehehe… oh ya…yang paling osemnya, dial eh masak apa yang aku kepingin makan. Best la!!! Thumbs up! Love ya..

Eh macam dah lari jauh jer dari apa yang berkaitan ngan travel. Kasih sayang pun berkait ngan travel. Tak sayang tak travel la oi..!!!

Dokan kami selamat pergi dan selamat pulang k.

Jauh perjalanan luas pemandangan..luas pemandangan tajam la ilmu pengetahuan. Jangan kedekut nak kuar duit utk travel. Travel tu pun satu ibadah kalau kita niatkan di permulaan perjalanan hanya kerana Allah.. rugilah kita kalau tidak menimba apa yang terbentang luas depan mata kita dan tidak mengutungkan sekiranya kita hanya melihat apa  yang tertulis oleh pena si penulis. Kita adalah pengajar kepada diri kita sendiri. Ajarlah dan didikla ke arah kebaikan. insyaAllah…

Sudah la tu..aku kalau dapat menaip memang akan lupa diri sekejap. Aku kene stop dulu k. *nak gerak ke tempat termenung.


See u blogsblow…love ya… muah<3

Tuesday, March 11, 2014

Sekadar Luahan pendapat..

Assalamualaikum..

Untuk yang kesekian kalinya kita bertemua kembali.

Nauzubillah..kehidupan zaman la ni. Aku tak tau nak kabo dah. Aku pun ada mak..ada abah n ada adik beradik yang aku sayang.

Apa yang aku perasan skrg ni, kehidupan kita dikisarkan dengan berita pembunuhan sahaja. Aku as manusia..sememangnya takot yang amat atas setiap kejadian ni. Aku tak dapat bayangkan kalau berita yang tersiar itu adalah berkait dengan kuarga aku..Ya Allah lindungilah setiap insan yang aku sayangi.. lindungilah kami dari segala malapetaka Ya Allah.

Aku tak suka bila tengok biter..sebab..setiap masa yang di siarkan adalah berkenaan ngan si polan bunuh si polan. Si polan rogal so polan. Nauzubillah…dunia menuju pengakhiran zaman. Mintalah supaya kita bukan ummat di akhir zamanNya.. kadang-kadang aku kaji balik sebab apa semua ni terjadi. Dan kadang-kadang gak la kepala otak aku yg genius*perasan jap ni telah mendapat jawapannya.

TV kita..sentiasa siarkan drama berkisar dendam adik beradik berebut harta mak pak. Dendam kekasih kepada kekasihnya yang curang. Dendam si bekas isteri terhadap suaminya yang di rampas orang. Pelabagai dendam la senang cakap. Lepas tu dalam drama tu..mesti ending dia si pendendam bunuh si di dendam..kemudian hukuman..cuma masuk penjara..tapi tak plak disertakan kehidupan dalam penjara tu. Apa yang penting dendam terlaksana. Aku paham niat pengarah tu nak bagi kesedaran pada ummat manusia. Tapi pada pendapat aku semua tu SALAH. Ini adalah di sebab kan oleh sifat manusia itu sendiri. Aku cakap mcm tu sebab aku sendiri mcm tu. Aku ni..lagi ditegor lagi aku nak wat. Lagi kan pula kalau manusia tu dah dipengaruhi oleh amarah mereka. So…pada aku, baik jangan di tayangkan langsung citer macam ni. Takder pekdahnya. Cuba la tayangkan..anak hug mak, mak hug n kiss anak. Apak hug anak lelakinya yg dah remaja..apak yang menghargai mak dan isterinya.. tayangkan juga sifat kasih sayang adik beradik..dan kalau boleh jangan la jadikan cerita yang ganas untuk di jadikan cerita teladan.. tak sesuai dah untuk zaman la ni. Lu pikir la sendiri.

TV ni umpama mak pak dalam satu-satu kuarga..dan masyarakat tu umpama layar putih. Macam mana TV tayangkan, itulah yang di lakarkan pada layar putih tersebut. Wallahualam…tapi itu pendapat aku la. Sebab la ni aku tngk kat TV tu tak sudah-sudah tayangkan drama berkisar pergaduhan dan perebutan harta anak beranak. Cerita-cerita yang terlalu mengagungkan cinta manusia. Aku tak nafi..mmg ada yang berunsurkan agama…tp yang menyangkannya..siaran berapa?? Siaran yang orang tak tau pun kewujudannya. Kenapa siaran utama tak jalankan tanggunjawab dia semacam mana TV9.*ini sekadar contoh

Herm… aku rasa panjang dah aku bebel. Ok la aku nak stop dlu. Bos dah masuk plak. Ok la…see u later blogsblow.. love… muah<3


Yang buruk semua dr aku..yang baik dr Maha Pencipta…

Friday, March 7, 2014

Dalam 'brain' aku sekarang...

Assalamualaikum...

Dalam otak aku la ni. Ada apa??? Berat memikirkan masalah negara..negara aku... ecehhh mcm ahli politik plak. Padahal politik la paling aku benci. Aku suka silent je. bila time milih aku milih lah lepas wat keputusan yg benor. 

Aku tak nak story pasal politik..aku nak story pasal warganegara Msia ni. 

Kalau pepagi mcm ni..aku besalah..kurang senang hati ngan pemanduan driver2 Msia yang penuh "sopan dan santunnya' 

Adoi..paroh la aku nak cakap pasal segelintir driver ni. Kenapa aku cakap mcm ni? 
Sbb pagi tadi aku ada melihat seorang driver ni...drive kete dia selaju yg mungkin hanya kerana tak bagi org lane sebelah masuk depan dia. Bukan potong Q...cuma dari 2 lane jadi 1 lane..tu jer. Tu pun berebut mcm apa je. Lepas tu brek berasap belakang kete aku. Aku hangin dengan orang yang macam ni. Sbb aku penah kene dulu..kerana ego driver lain..aku pun sama kene tanggung akibat. Last sekali aku kene dende sbb lewat g kuliah. Sakit oooo. 

Kita drive kete memang nak cepat sampai ke destinasi..tp ingat-ingat la sama..orang lain ada insan yang di sayang tunggu kat umah tu. Kalau ko tak der tu ko punya pasal la. Tapi aku ada!

Lagi satu..berkenaan ngan penggunaan SIGNAL n SIDE MIRROR. Sebelom tu aku nak tanya..kete besor n kete kecik semua sama kan beli bersama ngan lampu n pemetik lampu signal. Tapi kenapa aku tngk susoh no driver nak bagi signal kalau nak masok lane org. Main cilok mcm kete belakang tau jer naluri dia mana dia nak tuju. Tu mangkuk namanya! Mangkuk hanyun..melantun pergi kemana arah tuannya hanyun. 

Hey...drive la elok2 wahai driver semua. Kita kuar ngan semyuman mak*orang yg kita sayang la kat muka..jangan kita balik ngan air mata mak*orang yang tersayang la kat pipi.

ok la..kene cau dulu...bos dah dtg. see u later blogsblow...l.o.v.e la... muah <3 da...

Thursday, March 6, 2014

Kisah kali ini..

Assalamualaikum..

Kali ini berkisar tentang  S.A.H.A.B.A.T

Pertemuan dan perkenalan yang aku tak jangka. Tapi itulah jodoh namanya. Walaupun dia adalah ‘her’ tp perkenalan aku ngan dia tetap dikatakan jodoh. Sebab setiap pertemuan Allah yang tetapkan. Betul tak?
Aku kenal dia tak la lama mana. Dia muda sngt dari aku. Tapi apa yang aku perasan dari awal perkenalan aku ngan dia..ada banyak persamaan. Baik dari segi sifat dan perlakuan. Secara tak sengaja kot. Tapi itulah yang Allah coretkan wat aku dan dia. "Ko ingat senang nak jumpa orang luar dari kuarga kita then kita rapat ngan dia macam dia darah daging kita. Susah ooo…aku bersyukur jumpa juga."

Yang best nya antara aku ngan dia..bila aku marah, dia tahu cara pujuk aku. Dia tahu apa selera aku. Hehehehe…sama la katakana. Bila aku marah..dia cool kan aku. Bila dia marah..aku cool kan dia. Cara kami sama Cuma nada pujuk je yang berbeza.  insyaAllah…dia la sahabat aku, adik aku, kuarga aku dunia akhirat. Semoga Allah memberkati persaudaraan yang telah terjalin ni. Kita bertemu dengan seseorang tu bersebab kan… sayang awak tau!


Aku kenal dia tak sampai setahun jagung. Tapi aku senang ngan dia. Aku tenang ngan dia. Kalau aku salah dia suka tegor aku depan2. Tp dalam nada yang membahagiakan.. *senyum jap bila pikey dia Hidup aku ni hanya berkisar dengan kawan je. Aku blom penah bercouple. Sbb aku takut. Ha…yang ni aku wat story lain k. hehehhe. Kene out jap. Da…blogsblow. See u later.. muahhahahahahha

Wednesday, March 5, 2014

Yang Per1...:_ ,

Cinta.. kasih… sayang… 

Rangkuman maksud yg ‘seakan’ sama. Tapi penggunaan ayat yg sering berbeza.

Cintakan Allah.. sayangkan Rasul.. kasihkan ibu dan abah.. sayangkan saudara seagama.. Amin..

Sekiranya apa yg tercatat di atas itu aku lakukan. MasyaAllah hebat aku. Tapi..malangnya aku tidak mampu untuk melaksanakan kesemua itu..

Selalu ustaz/ustazah memberitahu…

1.Cintakan Allah terlebih dahulu. Tapi..aku hanya manusia Nya yang lemah dan gagal mungkin. Aku hanya cintakan manusia.
2.Sayangkan Rasul terlebih dahulu.. sekali lagi aku manusia yang lemah dan gagal mungkinnya..aku sayang manusia dulu
3.Kasihkan ibu dan abah dahulu..Nauzubillah..yang ini pun aku gagal kerana aku sayangkan kekasih ku dahulu.

Manusia jenis apakah aku. Jenis yang tidak mengenal erti budi. Yang tidak mengenal erti penghargaan..mungkin..

Apa yang aku tahu, diri aku penuh dengan kasih..sayang…dan cinta. Sebab semua tu kurnian Allah.
Kita kalau tak der cinta..bukan manusia namanya. Kalau tengok makanan then air liur meleleh..cinta la tu. Cintakan makanan. Cinta tu kan luas apa orang kata ‘universal’ hehehehe.
Apa yang aku tahu..aku sayang mak & abah aku..adik beradik aku. Sahabat aku..dan orang yang aku sayang. Cuma penzahirannya berbeza. Ikut macam mana orang tu sampaikan kat aku. Korang plak mcm mana? Ada sama macam aku. Hehehhe.

Ok..paper pun ..kita jumpa di lain coretan. Pena hanya melahirkan warna, yang melahirkan bual bicara adalah hati kurniaan Allah...jumpa lagi my blogs blow..da...

"Ketika dia yang kamu cintai berlalu meninggalkan mu, sedangkan kamu berdoa untuk mendapatkan yang terbaik buat mu. Percayalah...dia bukan lagi yang terbaik buat mu..redholah..InsyaAllah ada yang menanti.."

Assalamualaikum.....

Fuhh…first time blogging.

Hope follow yg terbaik yg memberi manfaat.
Here we go blog blow. We find something that we need n we shared it to all.
Blog to find knowledge n gain it to make it bigger. So let share it…. Go go blog blow.
Da for now…see u later blog blow.. muah <3