Tuesday, April 29, 2014

seNyuman Ku..

As salam..

Benang kali ni aku sesaje nak tulis. Alang2 kunci pintu masih di tangan.

Takder story tapi berminat utk ada adakan..hehehehe.. Aku seorang yg pemarah, bengis, sombong, keras kepala dan semua la. Tapi ada gak baik hati..betul tak?? *sapa yang kenal aku tau la pangai aku camner. Aku anak ke3 dari 6 org adik beradik. Org ckp anak tengah ni cepat terasa dan pemarah tapi cepat cool. Yang tu aku tak pasti. Apa yang aku pasti aku mmg cepat terasa. Cepat marah dan mmg cepat cool. Aku kalau bab berkawan mmg tak pernah memilih. Melainkan org yg mulakan pilih kawan depan aku, yang tu mmg akan sebab kan aku akan mulakan juga.

Aku ada gak sifat peramah. Dek kerana sifat peramah aku tu kot aku rasa ramai yang aku kenal n sayang..*ecehhhh perasan la plak. Aku penyayang..itu pun aku yakin aku ada. Aku tak boleh tngk org lagi susah dari aku. Aku cepat sayang org, dan aku cepat ringan tulang pada mereka yg ringan tulang ngan aku. Aku pilih bulu gak. Aku takkan tolong org yg berkira ngan aku. Korang pon sama kan??

Aku ngan best frenz / adik/ teman/ yang sentiasa ada ngan aku ni...mmg aku tak pernah berkira. Dia gak tak pernah berkira ngan aku. Walaupun aku dah keje..duit dia tetap aku guna gak. Dia yang hulur kat aku kalau aku kekeringan duit. Yang best nya dia tau bila masa aku kering duit. Hehehehe..

teman/sahabat/adik/saudara l.o.v.e.
Dia ni sama mcm aku perangai nya. Pemarah dan bekeng. Hahahaha *jangan marah yer adik. Dia manja tersembunyi sama mcm aku. Dia pemarah yang di simpan sama mcm aku. Dia penyayang tp tak terserlah..sama lagi mcm aku...tp..dia cantik tak sama mcm aku. Aku chomel jew. hehehehe... Umuq kami jarak 1 abad. Hahahaha..dngr mcm jauh giler kan. Dah mmg jauh la. Aku dah habis SPM, dia ingus pun masih meleleh kat idung tu. L.O.V.E... Tapi dia lagi matang dari aku. Bnyak pengalaman yang akan mematangkan kita. Begitu la dia. Tapi bila ngan aku..manja kodok dia kuar gak..asik nak lompat..manja lembu dia pun ada gak..asik nak menyondol..hehehehe. Manja pirana dia pun ada gak!! asik nak gigit je! *sakit dowh! Itu la dia.. Aku sayang dia macam kesemua ahli kuarga aku. Dia sama mcm adik bongsu aku. Dua2 ngah belajar. Aku doakan kalian berdua jadi insan yang paling berjaya dan hambaNya yang paling humble di atas kejayaan kalian kelak. Amin...
oh ya...sekarang kalau kuar..org tak anggap aku tua seabad dr dia..org akan tanya dia kakak aku ker? hahahahaha..melampau tak ayat akk adik..! L.O.V.E...
Aku mmg lambat matang kot. Perangai kebudak2an aku mmg terserlah. Aku takut nak serius..nnt nmpk tuwer. Walaupun sebenarnya aku mmg dah tuwer. Tapi aku still single. Sbb tu kene mentain...gittu. Lagi satu persamaan kami yang paling ketara ialah..kedua2nya kuat cemburu. Herm...semoga bakal suami kami nnt boleh kongsi la kalau kami perlukan satu sama lain nnt. Warning..jangan kedekut k! 

Herm...aku dah bnyak merepek, tp ni semua kenyataan aku dan dia..tak tipu punya. Jahatnya aku..sampai aku kata..senang2 nnt kita carik laki dan kawen sepelamin *madula tu maksudnya. Hehehehe..nmpk kan kemerepekan aku di kala ini. *tapi aku mmg tak kesah bermadu. Hahahahaha. 

Cepatnya masa berlalu. Dah habis dah lunch time aku. *ada lunch time ker aku. Okla blogsblow. Aku kene off dulu. Jadikan pengalaman lalu sentiasa tertulis di aturan undang2 kehidupan kamu supaya kamu tidak akan ulangi nya lagi. Tuwer dihormati, muda disayangi. Tuwer di hormati kerana sifat hormat menghormati..makanya tuwer hormati muda juga yer. Tak salah..sbb dua dua dapat untung. Dunia bulat..takkan pernah bersegi. So mana kita pernah berdiri..kita akan berdiri di situ sekali lagi..So..jangan la tinggalkan bekas yg hitam..kerana kita akan laluinya kembali..biarkan apa yang di tinggalkan itu mekar bak bunga yang mewangi dari menjadi tahi yang dihurungi lalat..

da...as salam....muahahahahaha <3 L.O.V.E.....

Dia..Aku..dan siapa?

As salam.. entry yg agak serius aku rasa utk kali ini.
Serius..apa tu serius..? Hahahhaa..mcm hauk jer ayat aku ni. Sapa nak hauk kan aku ni?
Aku tak tau apa yg aku rasa dan aku tak tau mcm mana nak luah apa yg ada dlm pikiran aku skrg ni. Apa yang aku tau aku sedih. Sedih sebab dah buat org sekeliling aku sedih. Sedih ngan perlakuan aku..dengan kata2 aku dan paling penting sedih dengan sifat aku.

Aku cuba menjadi yg terbaik utk melindungi org yg aku sayang. Tapi percubaan aku telah jadi pisau yg toreh org yg aku cuba lindungi tu. Hurm... Aku bukan tak nak jadi telinga, tangan, kaki or apa sekalipun. Kalau boleh beri nyawa..aku bagi. Mungkin cara aku nak merialisasikan nya je agak kasar. Aku bukan tak nak mendengar apa yg dia nak luahkan. Aku akan dengar kalau dia bercerita. Aku akan bagi nasihat kalau dia meminta. Aku perkatakan SUDAH jangan ckp pasal perkara tu lagi sbb aku tak suka lihat org yg aku sayang tanggung apa perkara yg bukan dia yg lakukan. Aku nak dia buat mcm mana org tu buat. Kalau org tu buat bodoh..maka aku nak dia pun wat bodo. Kalau org membebel berdekatan ngan kita tapi bukan salah kita..Dengarkan sahaja tapi jangan di pikir. Cuma peringatkan diri kita supaya jangan lakukan perkara yang sama seperti apa yang dia lakukan. Itu je..

Kalau org yang aku baru kenal sejam di marah oleh org lain, aku juga terasa sakit hatinya. Inikan pula org yang aku sayang, yang selalu susah senang ngan aku. Tetiba aku nak biar dia kene marah..tetiba aku nak biar dia kene tanggung, tetiba aku nak dia idup dalam ketakutan atas kesalahan perkara yang kecil. Mmg boleh aku biarkan tiba2 tu..tapi aku nak ada kat sebelah dia la. Kalau aku jauh..aku taknak la. Sbb tu aku sanggup marah dia masa dia ada sebelah aku sbb aku tak nak dia susah masa dia jauh dari aku. Tapi semua tu kalau dah di salah ertikan, dan perkatakan aku dah tak sudi jadi telinga dia dah kuar.. Aku tak mampu utk ubah semua tu. Mungkin aku hanya mampu membiarkan dan terus terusan makan diri sendiri. Macam tu ker?

Setiap insan yg ada gambaran wajah nya dalam hati kita. Kita takkan mampu membiarkan dia terluka walaupun hanya sebab gigitan se ekor nyamuk. Inikan pula berkaitan dgn hati dan perasaan.. Kalau ko sakit tak mustahil aku yg berdarah. Begitu juga sebaliknya. dan tak mustahil juga..ko sakit aku yang mati begitu juga sebaliknya.

Aku tau korang pun ada perasaan yang sama mcm aku kan? Aku pertahankan apa yang aku ckp, sebab pada aku itu betul. Tapi, aku tak tau apa yang korang pikirkan. So tegurla k. Jangan simpan. Bila sinpan, tu yang menjadi cuka dan perlahan2 ia menghakis dalaman kita yang lembut.

Kasih sayang datang setelah Allah izinkan. Pertemuan tercipta setelah Allah rancangkan. Perpisahan terjadi setelah Allah yakin kita mampu untuk jalaninya bersendirian..*tapi aku tak mampu Bukan kita yang tetapkan segala jalan yg kita lalui. Walau pun kehidupan kita setiap haluan ada tunjuk arahnya..belom tentu kita dapat sampai ke destinasinya kalau Allah tak izinkannya..renung2kan..

awal perkenalan..
Pantai Remis..aktiviti kegemaran kami..
Tentang KAMI...

ok la blogsblow. Nanti aku sambung lagi. Sakit perot. As salam...muahahahahahaha..<3 love... Semoga hari kalian semua sentiasa di bawah keredhoanNya..aminnn...




Monday, April 28, 2014

Balik kampung...


As salam semua. 

Nak Cit cat sikit tapi panjang. Gambar dan bergambar..apa bezanya. Ha carikla sendiri. Aku balik kampung 3 hari lepas. Urusan utk bawak mak dan abah balik utk berjumpa adik beradiknya. Lama gak la mereka tak balik. Balik kali ni kami uruskan kebun arwah atok yang dah lama terbiar. Ada la nak masuk 3 tahun. Dulu kebun atok ni antara tempat yang aku paling suka pegi. Ada banyak buah2an. Kuini..pelam..manggis..duyan..buah Nona..nam nam..dan banyak lagi la. Aku ada tanam pokok duyam tau kat situ, tp tak taula apa sejarah nya skrg ni. Masa sebelum tanam buah2an ni..arwah atok tanam tembakau, koko dan lada hitam. Herm..tanaman yang glamor di johor pada ketika itu. 
 
Gambar kat bawah ni bukan apa. Masa pegi membersih kebun ni, aku ngan family baru sudah sarapan tepi sungai. Pegi je ke kebun tu..boldozer dah start kojenya. Sodok sana dan sodok sini. Bersih sikit kebun tu. Barula nmpk buah2an yang ada. Alhamdulillah..banyak. Gambar ni plak..korang tngk la apa yang kurang dan apa yg terlebih. Aku pun tak tau nak story apa. Kalau korang ada nampak kelainannya. Korang kabor la ke aku k. Adik aku amik masa ngah berehat kat umah tinggal ni. Aku tngk pun aku terkejot n takot, tp insyaAllah tak der paper kot. Doa2 la yer.. Kebun ni..dalam 500 meter kebelakang adalah kawasan perkuburan Islam..Korang jangan pikir yang bukan2 pullak yer....hehehehe..selamat mencari apa yang kurang dlm gambar ni k.

Dalam 3 hari aku kat kg tu. Banyak perkara yang aku lakukan. Ataranya bersihkan rumah pusaka, pergi kebun, jalan2 di laut, sarapan pagi di sungai dan merindui Bdq Qechik. Sian dia kene tinggal. Aku mmg spesis yang kalau dah balik kg nak pgg phone mmg susah. Sbb kat kg aku tu..line mcm haram J. Dia asik tunggu je aku hubungi dia. Aku plak kalau balik kg mmg akan dikerumuni oelh makcik2 aku. Mereka seronok borak ngan aku semacam mana aku seronok borak ngan mereka. Tambah ilmu ooo kalau borak ngan org tua. Insyallah..

Yang menggembirakan aku ialah umah tu sendiri. Aku suka umah papan. Umah arwah atok adalah satu2nya rumah papan yang masih utuh di kg tu. So aku amat berbangga dan happy kalau berada di rumah tu. InsyaAllah..selagi ada kudrat selagi tu la akan kami jaga umah atok. Bnyk kenangan kami kat situ.

ok la semua. Aku kene cau cin cau... As salam blogsblow..jaga diri. Jgn biarkan misteri mempengaruhi hidup anda..tp biarkan misteri itu terus memberikan ilham kpd anda yang Allah Maha ke atas segala2nya..
Da....Muahhahahahahahaha <3...love...

Tuesday, April 22, 2014

Kacang lupakan Kulit..Pikirkan kembali...

as salam..

bertemu kembali di benang yg tak nmpk benang ni n di sesawang yg tak der sawang ni.Topic kali ini adalah berkenaan lupakan sesuatu. Ko lupa aku...aku lupa ko.. Herm..i think this is hot topic memandangkan ada perbahasa utk ni. ibarat kacang lupakan kulit. Hahahahha.

Ok...mari mulakan pengembaraan kita's semua... untuk kesekian kali..kacang terhasil n terbentuk di dalam kulit yg melindunginya. Kacang bahagia...*mungkin. Kacang membesar dengan sihatnya. Masaknya kacang keluarlah ia dari kulit yg selama ini melindunginya. *Alhamdulillah Kulit gumbira karana kacang yg keluar sihat sejahtera. Tapi..apakan daya kacang..dia tak boleh tentukan mana hala tuju dia..kerana yg akan mengambilnya lah yg akan mengemudi dirinya. *MasyaAllah...kuasa Allah. Kacang pergi berlalu meninggalkan kulit bersendirian. Kulit tak berteman. maka..keluarlah ayat dari si kulit..kacang..kau dah lupakan kulit. *sedih plak aku

Herm...betul ker semua tu? Tepuk dada tanya selera k. Adakah benar kacang telah lupakan kulit...Anda penah tanya ke pada kacang? kenapa tanya kulit je! Herm..tak adilkan?

Hahahahaha..tu cuma imaginasi aku. tapi..ada tersirat di sebalik cerita di atas ini. Sebabnya nak tau... Sebab aku telah di tuduh kacang lupakan kulit. Meh sini aku nak story.. Aku walaupun kacang yg telah lupakan kulit. Aku tetap senyapkan apa sahaja pertuduhan org ke atas aku. Sebab pada aku masa itu ubat segala perkara. Cuma antara mampu n tidak jer utk aku menanganinya. *Subhanallah Kenapa org sering menuding tapi tidak bertanya pada si kacang tu.!! Sekurang2nya tanyala "kacang mana ko pegi?" Sedap sikit dengar. Ni tidak..kacang dengan baik hatinya telah tanyakan kabar kepada kawan2 si kulit..tp sedihnya sikulit telah menuduh kacang..lebihkan teman barunya dr kulit yg didiaminya. *anggapla kawan baru dia butter. Dalam hati kacang...semoga kulit berbahagia dengan apa sahaja di lakukannya. amin.. (Kacang telah dipertemukan ngan butter) Kacang tidak pernah lupakan kawan2 nya. terutama kulit. Tapi dek kerana masa n jarakla, kacang lebih rapat dengan butter. Bukan kerana Butter sahaja yg memahami kacang, tapi kerana butter la yg selalu jaga kacang. Kulit mmg dahulunya tempat didiami oleh kacang. Tapi masa telah merubah segalanya. Kacang tak lupakan kulit. Nak tau sebab apa? Sebab..mana2 kacang n butter pegi..gambar kacang tetap bersama kulit. Mana penag kacang bergambar hanya bersama butter. Pernah ker???! Tak pernah kan.

Berteman tidak semestinya bersebelahan. Berkawan tidak semestinya harus didepan. Berkasih belom tentu menjadi kepunyaan. Inikan pula kacang yang tidak berteman. Ada butter yg sanggup susah payah bersama..maka dia rapat la bersama butter. Memilih..bukan hanya dari darjatnya atau sekaumnya..tapi biarlah memilih dari kerana kebaikannya. Kulit...jgn hanya dituduh kacang yg lupakan kulit. Berpikirla kembali. Kulit juga sering lupakan kacang..kerana..kulit terus menghilang apabila kacang bersama butter. Itu bukan pentingkan diri ke namanya!!! Sekurang2nya..kacang dibawa org tp tetap kemana bersama dgn kulit. walaupun ada butter. Kita bergambar tak pernah lekang. Dimana ada kacang  di situ ada kulit. n butter tetap dalam diri kacang..butter lembut n penyayang..tak nampk dek mata kasar ia tetap menyenangkan...tq..

Moral of the setori...jgn senang2 tuduh kawan as kacang lupakan kulit kalau tak tahu ujung pangkal. dan jgn ingat diri sendiri tak pernah melupakan insan lain. Manusia semua sama. Tak boleh penuhi apa keperluan setiap manusia yg dikenali..jgn senang menuding...tp senangkan lah diri anda bertanyakan kabar kepada mereka yg anda kata dia telah lupakan anda. Kalau anda tak mulakan..sapa lagi..dia?! apa kaitan dia ngan anda dan anda??? renung2kan...

ok la blogblow..nak kene go la. dah habis time lunch.. muah semua...love...makJemah...muahhhhhhh<3
As salam...

Thursday, April 3, 2014

peNantian yg tak pasti...

As salam..

Benang benang benang benang bengang. Ha dapat tangkap perbezaan??

Aku dan penantian aku. Putus asa..? Nauzubillah...jgn. tu maknanya aku mempersoalkan ketentuan Allah. Bohong kalau aku kata aku tak pernah tanya KENAPA? Why? Bohong sangat! Aku selalu je tanya...pada Dia la. Cuma Allah blom tunjukkan lagi jawapan kat aku, blom waktu... Sedih? Hahahaha...hantu pun sedih kalau dia tak der apa yang dia nak tau! Inikan pullak aku yg hidup dan dikurniakan hati n perasaan yang halus ni..

Umuq mmg dah lanjut la...## lahir tahun 80-an..so pepaham la.. Tp alhamdulillah la..aku masih belom terdesak or tersedak..Hahahahaha..Kita as Islam or Muslim..kene pegang and percaya akan ketentuan Nya. Mungkin terburuk pada kita tapi itulah yg terbaik Allah berikan kat kita. Cuma hikmahnya kebelakang sikit la..Sabar tu kan separuh dari iman..*sapa ada anak nama iman tu...baguih sngt la 

Baru-baru ni besday aku. Alhamdulillah takdak soklan cepu emas. Kalau ada nak gak aku lepuk pakai emas ke muka dia...tapi mcm aku ckp tadi..Alhamdulillah takder! huhuhuhu...*nak gak org tanya Biasanya kalau umuq mcm aku ni kalau tak kawen g..org akan tanya, Bila nak kawen? Hang tak dak yang berkenan kat hati ka? Hang ni tak laku ka? *yg ni mengguris kulit gak la  Orang tua aku plak selalu suh aku tukar penampilan. Aku nak orang yg suka kat aku tu, suka siapa aku dan bukan hipokrit aku. Sedih ooo! Aku bukan apa. Jadi rimas bila jiran tetangga dah mainkan peranan. Bila jiran dah main peranan...mula la orang tua aku pun amik part dlm life aku. Kalau part yg di amik tu berkenaan ngan carikan pasangan takper gak. Ni part marah memarah sbb suh tukar penampilan..balik umah on time...jangan selalu kuar umah...Adoi..STRESS aku.

Aku keje kat telok Gong..umah kat area pekan meru..setiap pagi aku akan kuar rumah utk ke ofis pukul 0700a.m. Kalau lewat kit..merah la punch card aku. balik plak kuar ofis pukul 1815p.m..korang tambah la sendiri 1jam 10min perjalanan aku g ngan balik. G keje kuar pukul 0700a.m sampai pukul 0815a.m wok...jauh! jgn main2. Boleh drift aku setiap hari tau. *sampai aku pikir..hayat aku habis kat jalan kot  Kalau pasal kat ofis...mmg standard la stress ngan keje. Keje mmg takkan habis, sampai bila2. Walaupun kita atas katil di hospital. *angkat tangan nak makan tu pon satu pekerjaan wok! Pekerjaan terakhir harus kita lakukan sebelom MATI adalah mengucap 2 kali syahadah..*Ya Allah...jadikanlah aku di antara hambaMu yang sempat utk mengucapkan syahadah indah Mu di penghujung nyawaku. Amin...

Panjangnya aku berleteq...takpa la..nak sambung lagi gak. Ngah gian..hahahahahaha..

Aku selalu berborak ngan diri aku...*bukan aku yang mintak semua jadi mcm sekarang ni. Umuq mcm aku masih bersendiri..tak dak family sendiri..tak daq reta sendiri..semua la tak daq..adui...masalah tui la! Tp tu salah aku gak. Dok reti nak menyimpan..hahahaha.. Adakah aku masih bergantung pada org tua aku kalau umuq lagu aku ni masih duk kat umah mak pak aku...tell me! tell me!! tell me!!!!!!!!! Aku stress bila di kongkong! Aku tak dak space tuk wat apa yang aku nak wat. *mak..kalau dulu chek dengaq ckp mak sbb chek kecik g n masih bawah jagaan mak..tapi la ni..chek besaq dah. Walaupun cheq tak kawen g..tp cheq besaq dah..cheq haruih ada kehidupan cheq sendiri..HARUS!!! pohon ke mak...jgn la wat cheq mcm cheq baru ja kene keluaq dari perot mak..cheq sayang mak..n kalau boleh cheq tak mo melawan apa yang mak hingaqkan tu.. Biarkan la cheq cari haluan hidup cheq..n kalau cheq salah..baru la mak hambat n pukui cheq..tp..mak pun tolong la paham cheq dengan dugaan hidup masa kini ni. Dugaan la tak sama mcm masa mak mudo2 lu..lainnnn ngat. Boleh dok mak?? Cheq tak buat bende salah...cheq bukan cheq yg dulu dah...cheq besaq dah! Huhuhuhu...*maaf no...sedih sat *

Dah la...aku tetiba rasa nak stop plak. Syahdu tetiba..Alhamdulillah ada seorang insan yg setia bersama susah senang aku skrg ni..TQ Budaq Qechik...<3...

ok blogsblow...da....muahhahahahahahhaha <3 As Salam..semoga hari2 anda sentiasa didatangi kebahagiaan dan keredhoaanyNya...muah..