Assalamualaikum..
InsyaAllah aku nak travel 13/03/2014 ni. ‘Percutian’ 3 hari
2 malam. InsyaAllah… bukan kemana pun..pegi bawak adik wat ‘pembersihan asrama’.
UiTM..
Apa yang aku suka pasal travel ialah dia punya driving
moment tu. Tambah-tambah kalau kita pegi ngan orang yang kita senang dan
sayang. Memang jadi kenangan yang abadi la. Aku suka dirve. Paling aku minat
drive time cuaca mendung dan bau perfume kete semerbak menenangkan jiwa. Pergh….boleh
syahdu tu dibuatnya.
Time drive juga boleh bagi aku ketenangan yang aku tak dapat
nak explain. Yang aku tau tenang dan boleh layan lagu. Lagu aku lagu yang
sentimental je..mcm spring.. ukays.. dan yang seangkatanya dengannya. Almaklumla
lahir tahun 80-an.
Esok aku akan ke utara tanah air..iaitu Perlis. Aku suka
pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke utara. Ada sawah padi yang
menghijau.. tapi aku tak rasa travel aku kali ni aku akan bertemu dengan
kedamaian yang aku impikan. Sekarangkan musim panas, so legam la aku kesana. Ibarat
aku berjemur di tepi pantai yang indah. Gitu!!
Pegi ngan Budak Qechik aku ni memang aku nantikan. Semoga Allah
lindungi perjalanan kami pergi dan pulang nya kami nanti. Aminnn..
Budaq Qechik ni tak sedarah dan sedaging ngan aku..tapi dia
adik aku. Aku ngan dia mmg sepahaman. Bukan sekepala..tapi sepahaman. Apa aku piker
dia ada terlintas. Dan apa dia pikir aku pun ada terlintas. Umo kami jarak 10
tahun tu. Dia lahir 90-an. Tapi kami boleh masuk. Ngam gitu! Allah pertemukan
aku ngan budaq Qechik tatkala aku mempersoalkan takdir dan tatkala dia perlukan
teman seperjuangan. Aku bersyukur sangat. Sayang kammu Budaq Qechik. -Sahabat –adik-soul-
mau sunyi aku kalau takder dia. Hehehehehe… oh ya…yang paling osemnya, dial eh masak
apa yang aku kepingin makan. Best la!!! Thumbs up! Love ya..
Eh macam dah lari jauh jer dari apa yang berkaitan ngan
travel. Kasih sayang pun berkait ngan travel. Tak sayang tak travel la oi..!!!
Dokan kami selamat pergi dan selamat pulang k.
Jauh perjalanan luas pemandangan..luas pemandangan tajam la
ilmu pengetahuan. Jangan kedekut nak kuar duit utk travel. Travel tu pun satu
ibadah kalau kita niatkan di permulaan perjalanan hanya kerana Allah.. rugilah
kita kalau tidak menimba apa yang terbentang luas depan mata kita dan tidak
mengutungkan sekiranya kita hanya melihat apa yang tertulis oleh pena si penulis. Kita adalah
pengajar kepada diri kita sendiri. Ajarlah dan didikla ke arah kebaikan.
insyaAllah…
Sudah la tu..aku kalau dapat menaip memang akan lupa diri
sekejap. Aku kene stop dulu k. *nak gerak ke tempat termenung.
See u blogsblow…love ya… muah<3
No comments:
Post a Comment