Assalamualaikum..
Untuk yang kesekian kalinya kita bertemua kembali.
Nauzubillah..kehidupan zaman la ni. Aku tak tau nak kabo
dah. Aku pun ada mak..ada abah n ada adik beradik yang aku sayang.
Apa yang aku perasan skrg ni, kehidupan kita dikisarkan
dengan berita pembunuhan sahaja. Aku as manusia..sememangnya takot yang amat
atas setiap kejadian ni. Aku tak dapat bayangkan kalau berita yang tersiar itu
adalah berkait dengan kuarga aku..Ya Allah lindungilah setiap insan yang aku
sayangi.. lindungilah kami dari segala malapetaka Ya Allah.
Aku tak suka bila tengok biter..sebab..setiap masa yang di
siarkan adalah berkenaan ngan si polan bunuh si polan. Si polan rogal so polan.
Nauzubillah…dunia menuju pengakhiran zaman. Mintalah supaya kita bukan ummat di
akhir zamanNya.. kadang-kadang aku kaji balik sebab apa semua ni terjadi. Dan kadang-kadang
gak la kepala otak aku yg genius*perasan jap ni telah mendapat
jawapannya.
TV kita..sentiasa siarkan drama berkisar dendam adik beradik
berebut harta mak pak. Dendam kekasih kepada kekasihnya yang curang. Dendam si
bekas isteri terhadap suaminya yang di rampas orang. Pelabagai dendam la senang
cakap. Lepas tu dalam drama tu..mesti ending dia si pendendam bunuh si di
dendam..kemudian hukuman..cuma masuk penjara..tapi tak plak disertakan
kehidupan dalam penjara tu. Apa yang penting dendam terlaksana. Aku paham niat
pengarah tu nak bagi kesedaran pada ummat manusia. Tapi pada pendapat aku semua
tu SALAH. Ini adalah di sebab kan oleh sifat manusia itu sendiri. Aku cakap mcm
tu sebab aku sendiri mcm tu. Aku ni..lagi ditegor lagi aku nak wat. Lagi kan
pula kalau manusia tu dah dipengaruhi oleh amarah mereka. So…pada aku, baik
jangan di tayangkan langsung citer macam ni. Takder pekdahnya. Cuba la
tayangkan..anak hug mak, mak hug n kiss anak. Apak hug anak lelakinya yg dah
remaja..apak yang menghargai mak dan isterinya.. tayangkan juga sifat kasih
sayang adik beradik..dan kalau boleh jangan la jadikan cerita yang ganas untuk
di jadikan cerita teladan.. tak sesuai dah untuk zaman la ni. Lu pikir la
sendiri.
TV ni umpama mak pak dalam satu-satu kuarga..dan masyarakat
tu umpama layar putih. Macam mana TV tayangkan, itulah yang di lakarkan pada
layar putih tersebut. Wallahualam…tapi itu pendapat aku la. Sebab la ni aku
tngk kat TV tu tak sudah-sudah tayangkan drama berkisar pergaduhan dan perebutan
harta anak beranak. Cerita-cerita yang terlalu mengagungkan cinta manusia. Aku tak
nafi..mmg ada yang berunsurkan agama…tp yang menyangkannya..siaran berapa?? Siaran
yang orang tak tau pun kewujudannya. Kenapa siaran utama tak jalankan tanggunjawab
dia semacam mana TV9.*ini sekadar contoh
Herm… aku rasa panjang dah aku bebel. Ok la aku nak stop
dlu. Bos dah masuk plak. Ok la…see u later blogsblow.. love… muah<3
Yang buruk semua dr aku..yang baik dr Maha Pencipta…
No comments:
Post a Comment