Tuesday, April 29, 2014

seNyuman Ku..

As salam..

Benang kali ni aku sesaje nak tulis. Alang2 kunci pintu masih di tangan.

Takder story tapi berminat utk ada adakan..hehehehe.. Aku seorang yg pemarah, bengis, sombong, keras kepala dan semua la. Tapi ada gak baik hati..betul tak?? *sapa yang kenal aku tau la pangai aku camner. Aku anak ke3 dari 6 org adik beradik. Org ckp anak tengah ni cepat terasa dan pemarah tapi cepat cool. Yang tu aku tak pasti. Apa yang aku pasti aku mmg cepat terasa. Cepat marah dan mmg cepat cool. Aku kalau bab berkawan mmg tak pernah memilih. Melainkan org yg mulakan pilih kawan depan aku, yang tu mmg akan sebab kan aku akan mulakan juga.

Aku ada gak sifat peramah. Dek kerana sifat peramah aku tu kot aku rasa ramai yang aku kenal n sayang..*ecehhhh perasan la plak. Aku penyayang..itu pun aku yakin aku ada. Aku tak boleh tngk org lagi susah dari aku. Aku cepat sayang org, dan aku cepat ringan tulang pada mereka yg ringan tulang ngan aku. Aku pilih bulu gak. Aku takkan tolong org yg berkira ngan aku. Korang pon sama kan??

Aku ngan best frenz / adik/ teman/ yang sentiasa ada ngan aku ni...mmg aku tak pernah berkira. Dia gak tak pernah berkira ngan aku. Walaupun aku dah keje..duit dia tetap aku guna gak. Dia yang hulur kat aku kalau aku kekeringan duit. Yang best nya dia tau bila masa aku kering duit. Hehehehe..

teman/sahabat/adik/saudara l.o.v.e.
Dia ni sama mcm aku perangai nya. Pemarah dan bekeng. Hahahaha *jangan marah yer adik. Dia manja tersembunyi sama mcm aku. Dia pemarah yang di simpan sama mcm aku. Dia penyayang tp tak terserlah..sama lagi mcm aku...tp..dia cantik tak sama mcm aku. Aku chomel jew. hehehehe... Umuq kami jarak 1 abad. Hahahaha..dngr mcm jauh giler kan. Dah mmg jauh la. Aku dah habis SPM, dia ingus pun masih meleleh kat idung tu. L.O.V.E... Tapi dia lagi matang dari aku. Bnyak pengalaman yang akan mematangkan kita. Begitu la dia. Tapi bila ngan aku..manja kodok dia kuar gak..asik nak lompat..manja lembu dia pun ada gak..asik nak menyondol..hehehehe. Manja pirana dia pun ada gak!! asik nak gigit je! *sakit dowh! Itu la dia.. Aku sayang dia macam kesemua ahli kuarga aku. Dia sama mcm adik bongsu aku. Dua2 ngah belajar. Aku doakan kalian berdua jadi insan yang paling berjaya dan hambaNya yang paling humble di atas kejayaan kalian kelak. Amin...
oh ya...sekarang kalau kuar..org tak anggap aku tua seabad dr dia..org akan tanya dia kakak aku ker? hahahahaha..melampau tak ayat akk adik..! L.O.V.E...
Aku mmg lambat matang kot. Perangai kebudak2an aku mmg terserlah. Aku takut nak serius..nnt nmpk tuwer. Walaupun sebenarnya aku mmg dah tuwer. Tapi aku still single. Sbb tu kene mentain...gittu. Lagi satu persamaan kami yang paling ketara ialah..kedua2nya kuat cemburu. Herm...semoga bakal suami kami nnt boleh kongsi la kalau kami perlukan satu sama lain nnt. Warning..jangan kedekut k! 

Herm...aku dah bnyak merepek, tp ni semua kenyataan aku dan dia..tak tipu punya. Jahatnya aku..sampai aku kata..senang2 nnt kita carik laki dan kawen sepelamin *madula tu maksudnya. Hehehehe..nmpk kan kemerepekan aku di kala ini. *tapi aku mmg tak kesah bermadu. Hahahahaha. 

Cepatnya masa berlalu. Dah habis dah lunch time aku. *ada lunch time ker aku. Okla blogsblow. Aku kene off dulu. Jadikan pengalaman lalu sentiasa tertulis di aturan undang2 kehidupan kamu supaya kamu tidak akan ulangi nya lagi. Tuwer dihormati, muda disayangi. Tuwer di hormati kerana sifat hormat menghormati..makanya tuwer hormati muda juga yer. Tak salah..sbb dua dua dapat untung. Dunia bulat..takkan pernah bersegi. So mana kita pernah berdiri..kita akan berdiri di situ sekali lagi..So..jangan la tinggalkan bekas yg hitam..kerana kita akan laluinya kembali..biarkan apa yang di tinggalkan itu mekar bak bunga yang mewangi dari menjadi tahi yang dihurungi lalat..

da...as salam....muahahahahaha <3 L.O.V.E.....

No comments:

Post a Comment