Tuesday, April 29, 2014

Dia..Aku..dan siapa?

As salam.. entry yg agak serius aku rasa utk kali ini.
Serius..apa tu serius..? Hahahhaa..mcm hauk jer ayat aku ni. Sapa nak hauk kan aku ni?
Aku tak tau apa yg aku rasa dan aku tak tau mcm mana nak luah apa yg ada dlm pikiran aku skrg ni. Apa yang aku tau aku sedih. Sedih sebab dah buat org sekeliling aku sedih. Sedih ngan perlakuan aku..dengan kata2 aku dan paling penting sedih dengan sifat aku.

Aku cuba menjadi yg terbaik utk melindungi org yg aku sayang. Tapi percubaan aku telah jadi pisau yg toreh org yg aku cuba lindungi tu. Hurm... Aku bukan tak nak jadi telinga, tangan, kaki or apa sekalipun. Kalau boleh beri nyawa..aku bagi. Mungkin cara aku nak merialisasikan nya je agak kasar. Aku bukan tak nak mendengar apa yg dia nak luahkan. Aku akan dengar kalau dia bercerita. Aku akan bagi nasihat kalau dia meminta. Aku perkatakan SUDAH jangan ckp pasal perkara tu lagi sbb aku tak suka lihat org yg aku sayang tanggung apa perkara yg bukan dia yg lakukan. Aku nak dia buat mcm mana org tu buat. Kalau org tu buat bodoh..maka aku nak dia pun wat bodo. Kalau org membebel berdekatan ngan kita tapi bukan salah kita..Dengarkan sahaja tapi jangan di pikir. Cuma peringatkan diri kita supaya jangan lakukan perkara yang sama seperti apa yang dia lakukan. Itu je..

Kalau org yang aku baru kenal sejam di marah oleh org lain, aku juga terasa sakit hatinya. Inikan pula org yang aku sayang, yang selalu susah senang ngan aku. Tetiba aku nak biar dia kene marah..tetiba aku nak biar dia kene tanggung, tetiba aku nak dia idup dalam ketakutan atas kesalahan perkara yang kecil. Mmg boleh aku biarkan tiba2 tu..tapi aku nak ada kat sebelah dia la. Kalau aku jauh..aku taknak la. Sbb tu aku sanggup marah dia masa dia ada sebelah aku sbb aku tak nak dia susah masa dia jauh dari aku. Tapi semua tu kalau dah di salah ertikan, dan perkatakan aku dah tak sudi jadi telinga dia dah kuar.. Aku tak mampu utk ubah semua tu. Mungkin aku hanya mampu membiarkan dan terus terusan makan diri sendiri. Macam tu ker?

Setiap insan yg ada gambaran wajah nya dalam hati kita. Kita takkan mampu membiarkan dia terluka walaupun hanya sebab gigitan se ekor nyamuk. Inikan pula berkaitan dgn hati dan perasaan.. Kalau ko sakit tak mustahil aku yg berdarah. Begitu juga sebaliknya. dan tak mustahil juga..ko sakit aku yang mati begitu juga sebaliknya.

Aku tau korang pun ada perasaan yang sama mcm aku kan? Aku pertahankan apa yang aku ckp, sebab pada aku itu betul. Tapi, aku tak tau apa yang korang pikirkan. So tegurla k. Jangan simpan. Bila sinpan, tu yang menjadi cuka dan perlahan2 ia menghakis dalaman kita yang lembut.

Kasih sayang datang setelah Allah izinkan. Pertemuan tercipta setelah Allah rancangkan. Perpisahan terjadi setelah Allah yakin kita mampu untuk jalaninya bersendirian..*tapi aku tak mampu Bukan kita yang tetapkan segala jalan yg kita lalui. Walau pun kehidupan kita setiap haluan ada tunjuk arahnya..belom tentu kita dapat sampai ke destinasinya kalau Allah tak izinkannya..renung2kan..

awal perkenalan..
Pantai Remis..aktiviti kegemaran kami..
Tentang KAMI...

ok la blogsblow. Nanti aku sambung lagi. Sakit perot. As salam...muahahahahahaha..<3 love... Semoga hari kalian semua sentiasa di bawah keredhoanNya..aminnn...




No comments:

Post a Comment